 Guru SU Peperiksaan/ Guru Tahun 6
Mesej ini adalah pemberitahuan awal.
Taklimat berkaitan Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Rancangan Khas/SMKA/Kelas Aliran Agama Negeri Perak (Kemasukan 2010) oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan diadakan dalam sedikit masa lagi.
Dipohon guru-guru berkenaan bersedia untuk download borang permohonan ke RK/SMKA/KAA. Link untuk download borang akan diumumkan kemudian.
Sistem ini telah ditambah baik dengan utiliti Semakan Ralat terus secara Online, cetakan surat tawaran secara online, rumusan pendapatan ibubapa, rumusan permohonan, serta matriks penilaian (markah dikira secara automatik) untuk memudahkan panel membuat pemilihan.
URL untuk sistem ini akan diumumkan kemudian melalui Portal JPN Perak versi 2 (XOOPS PHP) serta melalui portal-portal Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Buat masa ini, sistem ini diletakkan di bawah url : http://krkperak.net/rkonline

Muka Depan Sistem

Paparan Utama Semakan Permohonan

Paparan Utama Sistem (Login Admin)
Sistem tahun ini menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan dan MySQL sebagai pangkalan data sebagai langkah penambaikan sistem tahun 2008 yang menggunakan ASP sebagai bahasa pengaturcaraan dan MS Access sebagai pangkalan data.
** Sebarang masalah teknikal boleh menghubungi En Abd Rashid b Shafie (Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat JPN Perak) merangkap Perekabentuk Web
atau saya sendiri En Azharul Faiz b Zainal Abidin (Penyelaras ICT/Guru Data SK Parit Haji Aman) merangkap Pengaturcara Sistem.
|