Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Im padaku. "Im dengan dia bukan ada apa pun. Kami berkawan aja. Ala, jangan risau laa, macam mana pun, langit terbelah ke, lembu tertonggeng ke, Yati is still the best." Aku tahu Im tipu, sebab dia sendiri pernah beritahu aku, dia kadang-kadang masih teringatkan si Imah, bekas makwe dia. Ye la, kalau aku yang 'the best', takkan le dia masih teringatkan Imah tu. Aku menarik nafas panjang.
Entahlah, mungkin aku risau sendiri. Mana tahukan, tiba-tiba Im berubah hati dan tinggalkan aku. Tambahan pula Im ada menyebut yang si Imah ni pernah nak minta hubungan mereka disambung semula. "Amboi, dia ingat ni macam tali rapia ka... main sambung suka-suka."getus hatiku. Hmm, agaknya aku ni terlampau melayan perasaan. Mungkin Im ikhlas dengan aku dan benar-benar tidak menyimpan perasaan pada si Imah lagi. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Hari ini hari terakhir aku di kampus. Selamat tinggal buku-buku. Heh! Kerek betul aku hari tu. Tapi, sedih pun sedih jugak. Bermakna, hari itu adalah hari terakhir aku sebagai pelajar, itulah hari terakhir aku bersama rakan-rakan aku yang tersayang dan itulah hari terakhir aku berkepit dengan pakwe aku, Im yang tercinta. Cewah, jiwang-jiwang gitu. Hari tu aku dan rakan-rakan bergambar sakan keliling kampus. Gambar tepi kolam, gambar tepi parit, dalam bilik, dalam tandas, tunggang basikal, tunggang kambing, semuanya ada. Dengan Im pun, aku tak lupa juga bergambar. Mana boleh tak bergambar dengan pakwe, beb. Tengah-tengah sedap bergambar, air mataku dengan tak semena-mena bergenang. Tiba-tiba aku berasa sedih yang teramat, mengenangkan yang aku akan meninggalkan semua kenanganku di sini, di kampus yang tercinta ini. Meninggalkan pakwe? Waaa, nak menangis aku rasanya. Rakan-rakan yang 'sekepala' dengan aku, yang tak mungkin akan ku temui walaupun di mana-mana tempat di dunia ini. Hmm.. sedihnya. "Kenapa ni Yati? Diam aja.", Im bertanya setelah melihat aku hanya mendiamkan diri dari tadi. "Entah la Im. Rasa macam sedih pulak nak tinggal UUM ni." "Ke Yati sedih nak tinggalkan Im?" Eh, macam tau-tau pulak mamat ni. Aku hanya tersenyum kambing biri-biri. "Memang pun," kataku, tapi dalam hati aja la. "Hoi, apa hangpa buat tu haa, mai la sini kita tangkap gambaq. lagi" Terdengar si Ana memanggil kami dengan loghat Kedahnya yang pekat. Spoil betul le minah ni, aku dengan Im baru aja nak jiwang-jiwang.
Halaman Recruitment dalam The Star kuselak lagi dan lagi. Sedih rasanya, dah lebih dua bulan aku menanam anggur. Rakan-rakanku ada yang dah berkerja. Im pun dah selamat dijodohkan dengan syarikat di KL. Nasib baik dijodohkan dengan syarikat, kalau dijodohkan dengan Imah, mau menonong aku. Apasal la aku ni, balik-balik si Imah tu jugak yang aku ingat. Padahal, Im dah yakinkan aku, dia hanya sayangkan aku seorang dan tak mungkin akan kembali pada Imah. Aku risau, Imah masih belajar di kolej di KL. Im pulak memang sekarang ni berkerja di sana. Aku? Aku ni jauh nun di selatan Amerika, eh Malaysia. Manalah tahu, kalau-kalau tanpa pengetahuan aku, Im pernah berjumpa dengan Imah. Dulu lain la, Im di utara, Imah di KL. Sekarang ni, dua-dua di KL. Bila difikir-fikirkan, mau aja aku pasang private investigator untuk mengawal langkah Im. Takut jugak aku, kalau-kalau dia ada berjumpa dengan Imah. Tentu kenangan lama berputik kembali dan aku... Waaaa.. "Hei! Termenung dari tadi, kau ni bila nak kerja haa? Si Mail anak kak Leha tu, keluar U aja, terus dapat kerja. Kau ni pulak, liat semacam aje", mak mengejutkan aku dari lamunan. "Ala mak, bukannya orang tak cari kerja. Pasal nak cari kerja elok-elok le, Yati tak kerja lagi. Mak nak ke anak mak yang cun ni kerja pencuci lantai ke, paling koman pun GRO ke." "Haa, mula le tu nak melalut. Asal aku tanya pasal kerja aje, kau nak buat lawak basi dengan aku," bebel mak terus menerus sambil mengopek kulit ubi kayu yang mak kutip pagi tadi. Tangan mak tangkas ber'jalan' selari dengan mulut. Aku hanya mampu mendiamkan diri.
Bukan aku tak cari kerja, kerja yang tak mau datang-datang kat aku. Rezeki aku belum ada lagi agaknya. Im pun setiap kali telefon, soalan yang sama yang ditanyanya. "Dah dapat kerja?" "Dah, tapi sengaja tolak. Ye la, gaji besar sangat, kita ni kan ke budak kecik lagi, mana boleh pegang duit banyak-banyak." Sengaja aku buat lawak pandai. Bukannya apa, aku dah naik jemu menjawab soalan yang sama setiap hari. "Im rindu la kat Yati." Hmm, rasa berbunga hatiku bila Im ucapkan rindunya padaku. "Yati pun rindu kat Im jugak. Yati ingat, Yati nak turun KL la. Nak jumpa Im." "Eee... syoknya. Bila Yati nak datang?" Eh mamat ni. Rindu benar ke dia dengan aku, sampai beria-ia benar nada suaranya. "Dalam minggu depan kot. Lagipun, ada interview dengan Kolej Ciput. Diorang offer position Tutor untuk Yati." "Hmm, tak sabar la nak tunggu Yati datang."
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Jeng, jeng jeng. Aku telah selamat menjalani temuduga dengan kolej yang menawarkan kerja sebagai Tutor di salah sebuah cawangannya. Entahlah dapat ke tidak, tapi kalau rezeki, InsyaAllah takkan ke mana. Malam ni, aku akan pulang ke kampung semula menghadap muka mak yang asyik masam mencuka bila aku kata 'tak dapat kerja'. Sepanjang dua hari di KL aku menetap di rumah Noni, rakan kampusku dulu. Janjiku dengan Im, petang ini aku akan berjumpa dengannya di KLCC sebelum pulang ke kampung. Aku meminta Noni meninggalkan aku di LRT Masjid Jamek. "Terima kasih banyak-banyak la Noni sebab menyusahkan kau aje. Tak payah le kau hantar aku sampai KLCC. Kat LRT Masjid Jamek ni pun dah cukup. Pandai-pandai le aku bawak diri. Tapi kalau aku tak telefon kau dalam masa 24 jam, kau jangan lupa repot polis okey?" Aku cuba berseloroh. Derai tawa kami memecah kesunyian terowong ke LRT Masjid Jamek, sekaligus memecahkan cermin di kaunter tiket LRT. Noni memang suka ketawa dan dia pandai mengambil hatiku. Sesungguhnya, dialah di antara rakan-rakanku yang paling aku sayang.
Aku mencari tempat duduk di tengah-tengah kompleks membeli belah Suria KLCC. Kami berjanji untuk berjumpa di situ Hmm, masih tak nampak batang hidung si Im. Macam manalah rupanya setelah empat bulan tidak berjumpa. Nun di kejauhan, ku lihat kelibat yang biasa aku lihat. Dia melangkah dengan senyuman bagaikan model ubat gigi, makin lama makin hampir denganku. Im, wajah yang kurindui selama ini, tercegat di hadapanku. Aku tersengih. "Jom". Im menarik tanganku. "Nak ke mana?" Tanyaku dengan nada manja yang dibuat-buat. Hmm, bahagianya berada bersama Im semula. "Yati dah makan?" "Dah". Jawabku ringkas. "Kalau macam tu, kita pegi shopping aja laa." "Okey". Sepatah, sepatah aku menjawab. Hatiku masih berdebar-debar. Manakan tidak, buah hati yang sekian lama (macam le lama sangat) tidak kujumpa, berada di sebelahku, berpegangan tangan lagi. Satu KLCC tu aku dan Im tawaf rasanya, sampai lenguh-lenguh kakiku. Tapi demi Im, aku menurut sahaja ke mana dia menarik aku. Jangan ke tandas sudah le. "Yati pilih la baju mana yang Yati berkenan. Biar Im belikan untuk Yati. Hadiah pertama dari gaji Im untuk Yati,.." Im memandangku sambil tersenyum. "Tak payah le membazir Im. Yati tak nak susahkan Im. Lagipun Im boleh le simpan duit gaji Im untuk kita kahwin nanti." Isy, tak malunya aku. Biarpun aku bercakap dengan nada selamba, tetapi selamba ada makna jugak tu. Im hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba telefon bimbit Im berdering. Im lantas menyeluk saku, mengeluarkan telefon bimbitnya. Sambil dia berbual, aku melihat-lihat baju yang terpamer di bahagian wanita. Dalam hati, aku berangan-angan untuk membeli baju-baju yang cantik terpamer itu untuk kubuat pakaian ke pejabat bila aku mula berkerja nanti. Hmm, kerja pun belum dapat, berangan aja yang lebih.
Tiba-tiba Im mencuitku. "Si Rosli nak datang la. Dia ajak tengok wayang. Lagipun dia kata Yati ada kat sini, nak jumpa Yati sekali." Alamak! Punahlah harapan aku nak berdua-duaan dengan Im sampai ke malam. Kacau daun betullah si Rosli ni. Sudahlah aku susah nak bertemu buah hati tersayang. "Hmm, dia suruh kita tunggu dia dekat mana?" Balasku lemah. "Kita tunggu dia dekat TGV. Kalau dia tak jumpa kita, dia call laa handphone Im."
Bas aku akan bertolak pukul 10:00 malam ini. Sementara menanti pukul 10 menjelma, aku, Im dan Rosli berbual-bual di restoran di Puduraya. Entah kenapa, aku benar-benar berasa tersisih. Semenjak kadatangan Rosli tadi, Im seakan-akan hanya melayan cakap Rosli dan tidak menumpukan perhatian pada aku. Siapa yang dia rindu ni? Rosli ke aku? Aku banyak mendiamkan diri. Im menyedari perubahan kelakuan aku lantas bertanya akan sebabnya bila Rosli meminta diri ke tandas. "Kenapa dengan Yati ni? Dah le kita jarang jumpa, Yati pulak buat perangai macam ni." Im mendengus seolah-olah hampa dengan kelakuanku. Aku hanya diam dan menundukkan muka. Terasa seperti hendak menangis tanpa ku tahu apa sebabnya.
Persoalan Im kubiarkan tidak berjawab. Aku tahu Im marah kerana terang-terang menunjukkan ketidaksenangan aku dengan kehadiran Rosli. Tapi Im tidak faham perasaanku. Aku ingin hanya bersamanya, aku rindukan saat berdua dengannya. Mungkin juga salahku, terlalu kebudak-budakan. Malam itu, Im menghantarku ke platform tanpa sepatah kata keluar dari bibirnya dan aku menangis sepanjang perjalanan ke JB.
"Perkara kecil macam ni pun nak menangis," bisik hatiku sambil cuba menenangkan perasaan. Aku teringat akan layanan Im padaku sewaktu aku di KL. Sejak dari hari itu, dia langsung tidak menelefon aku, jauh sekali untuk bertanya selamat atau tidak aku sampai ke JB. Sampai hati Im. Marah sangatkah dia dengan aku? Besar sungguhkah kesalahan aku? Kerana terlampau memikirkan apa yang terjadi di KL minggu lepas, aku jadi tidak lalu makan dan tidur aku pun tidak selena selalu. Macam mula-mula bercinta pulak jadinya. Minggu hadapan aku akan ke KL lagi untuk satu lagi temuduga dengan syarikat ternama. ***a kali ini, aku tidak memberitahu Im yang aku akan ke KL semula Aku tidak sabar menantikan saat itu, kerana aku sering berangan-angan untuk berkerja di tempat yang kata orang, 'ada class'. Tambahan pula, syarikat tersebut berdekatan dengan tempat kerja Im. InsyaAllah aku akan berusaha bersungguh-sungguh, bersedia untuk menghadapi temuduga tersebut. Aku benar-benar rindukan Im. Aku tahu aku bersalah. Tapi takkanlah marah sampai langsung tidak mahu berhubung dengan aku lagi.
"Hmm, macam mana ni." Aku berkira-kira samada perlu atau tidak aku menghubungi Im untuk meminta maaf. Dalam tengah berkira-kira tu, tangan aku telah pun mencapai gagang telefon dan nombor Im telah pun aku dail secara sedar tak sedar. "Hello". Suara Im kedengaran di sebelah sana, suara yang kurindui sejak akhir-akhir ini. "Hello Im. Yati ni. Im tengah buat apa tu?" "Tak buat apa pun." Balas Im dengan nada malas. "Im, Yati nak mintak maaf sebab apa yang jadi kat KL hari tu." Ayatku terhenti setakat itu. Aku menarik nafas panjang. Tak mampu untuk aku meneruskan lagi kata-kata. Im hanya mendiamkan diri. Isy, diam pulak mamat ni, menambahkan bil telefon aku sia-sia aja nanti. 2 minit berlalu, barulah Im kembali bersuara. "Dah la tu Yati. Im rasa tak tahan lagi dah. Yati selalu buat perangai macam tu. Give me a break." Kata-kata Im cukup untuk membuat hati aku yang sedih jadi bertambah-tambah sedih. "Tak pe lah. Bye." Aku terus meletakkan gagang, air mata mula bergenang. Sampai hati Im.
"Yati.. Yati..", kedengaran mak memanggil aku dari dapur. "Kenapa mak?" "Ni haaa, Mak Su kau tanya, kau nak tak kerja dengan dia?' "Kerja apa mak?" "Kat syarikat dia tu ha, ada kerja kosong katanya. Nak pakai orang dalam jabatan apa entah, mak pun tak ingat. Tapi kerja tu Mak Su kau kata sesuai le dengan kau. Kau tanya le Mak Su kau nanti." Nampak wajah mak ceria dan mengharap, seolah-olah akulah orangnya yang pasti akan mendapat jawatan tersebut. "Nantilah orang tanya Mak Su." "Pegilah tanya cepat. Tadi waktu Mak Su kau datang, kau pulak entah ke mana. Telefon le dia." Mak mendesak aku. Gamaknya nak suruh aku kerja cepat-cepat le tu. Ye lah, duduk rumah pun mengabihkan boreh ajo. "Ala, nanti orang call la.. Mak ni, tak sabar-sabar pulak nak suruh orang kerja. Nak kebas gaji kita le tu..." Aku cuba berseloroh dengan mak, tetapi disambut dengan muka masam kelat mak. Aduuhhh.. satu cubitan yang hampir-hampir menumbangkan seorang perwira hinggap di punggungku yang lentik bak punggung Ziana Zain. "Hehehe.. Merajuk le tu. Mak ni, orang cakap sikit pun dah terasa. Tengok laa dulu. Kalau kerja tu gaji sepuluh ribu, orang cuba le..." Sehingga ke malam, aku masih tidak menelefon Mak Su. Kalau boleh, aku hendak berkerja di KL. Aku hendak sentiasa berada dekat dengan Im. Im, Im, Im.. ku sebut namanya sehingga aku terlena.
"Kak Yati, ni ada surat dari KL." Adikku berlari-lari mendapatkanku. Eh, surat apa ni? Dari Syarikat Make Money? Berdebar-debar dadaku membuka surat tersebut. Ya Allah, alhamdulillah. Aku berjaya menjawat jawatan sebagai Jurutera di Syarikat Make Money, syarikat yang kudiam-idamkan selama ini. Gembiranya hatiku bukan kepalang "Mak.... tengok ni haaa... anak mak dah dapat kerja." Aku terlonjak-lonjak macam kera kena sambal belacan. Punggung mak yang seguni beras itu kutepuk-tepuk bagaikan menepuk tilam. "Hoi, kalau ye pun kau tu seronok, yang kau pegi tampar-tampar punggung aku ni apahal?" Aku ketawa berdekah-dekah. "Kat mana kau dapat kerja tu?" "Kat KL le." Jawabku ringkas namun penuh dengan rasa gembira yang teramat. "Kat KL? Elok le, boleh le kau berkepit dengan si Im tu siang malam." Tersebut saja nama Im, air mukaku terasa berubah. Entahlah mak sedar atau tidak. "Mana ada mak, orang nak pegi kerja le bukan nak beromen. Heheheehe. Bulan depan start kerja." Aku terus masuk ke bilik. Perlukah aku memberitahu Im yang aku akan berkerja di KL? Seronokkah Im kalau mendengarnya nanti? Lebih sebulan dia tidak menghubungi aku sejak peristiwa tersebut. Macam-macam boleh terjadi. Entah-entah dia dah berubah hati, tidak lagi sayang pada aku. Mengenangkan kemungkinan tersebut, aku jadi tawar hati. Biarlah Im tidak tahu, biarlah kejayaan aku ini menjadi rahsia aku.
Menjadi rahsia? Belum pun seminggu sebelum aku nak bertolak ke KL, Rosli dan Zila menelefonku. Budak-budak ni dah tahu rupanya aku dapat kerja di Make Money. Siapalah tukang pukul canang ni. Ni mesti kerja si Noni. ***a dia yang tahu pasal 'rahsia' aku ni. "Kalau Rosli tahu, Im pun tentu tahu jugak." Bisikku dalam hati. Ahh, biarlah. Im bukannya pedulikan aku lagi. Hatiku kuat mengatakan dia sudah berubah hati dan berpaling pada orang lain walaupun berkali-kali aku cuba menidakkannya. Aku benar-benar kecewa dengan sikap Im terhadapku sekarang. Mungkin juga salahku kerana selalu menurut perasaan, tetapi Im juga tidak patut menghukumku sebegini. Aku tidak menyangka peristiwa tersebut akan menjadi penyebab kepada hubungan kami yang semakin dingin.
Im pernah menegur perangaiku dulu, tapi tidak pernah aku endahkan. Bagiku, semua orang sama, bila marah, lebih baik berdiam dari mulut pot pet pot pet berleter. "Yati ni kalau marah, selalu buat perangai macam tu. Lari dari orang, cakap pun tak nak. Yati ingat Im tak de perasaan ke? Bila Yati buat macam tu, Im rasa marah sangat tau?" "Yati tau, tapi memang perangai Yati macam tu. Kalau Yati terasa ke, Yati marah ke, memang Yati akan diam aje. Tak nak cakap dengan sesiapa pun. Memang le buruk perangai macam tu, tapi biasa la. Yati rasa, ramai orang macam tu." Balasku apabila Im memberitahu yang dia tidak 'berkenan' dengan perangai aku yang satu tu. "Yati cuba le berubah. Im tak boleh nak terima orang yang macam tu. Bila Yati marah, Yati diam, lepas tu tarik muka dua belas. Im tak tau Yati marah dekat Im. Im pun tak tau apa salah Im." "Apa kata kalau Im yang berubah, cuba terima perangai Yati.." aku menjawab bersahaja sambil tersengih. "Hmmm.. dah le.. tak kuasa lagi nak cakap dengan Yati. Jom kita minum."
Lebih seminggu aku berkerja di Syarikat Make Money, selama itulah aku dan Im masih membisu. Kurang-kurang pun, aku pernahlah jugak menelefon dia untuk meminta maaf, tapi dia? Jangankan nak telefon, fax pun tidak. Selama berada di Make Money, aku gembira dengan rakan-rakan baruku. Saham aku pun melonjak-lonjak naik, maklumlah, aku ni tergolong dalam golongan yang 'ada rupa' lah jugak. Terperasan pulak rasanya aku ni. Tapi hatiku masih pada Im walaupun sedikit tawar. Kalau diletakkan gula sesudu, mungkin hatiku akan berubah agaknya. Tapi, Im masih tetap seperti itu. Dingin, ***a tak beku aja. Malam itu, aku keluar dengan Shahrul, teman sekampus dan teman serumah Im di KL.
Daripada Shahrul, aku merisik khabar Im. "Memang pun Yati, aku selalu tengok Im bergayut telefon. Aku ingatkan dengan kau, tak tau laa pulak aku yang Im dah lama tak contact kau." Sah, hatiku bertalu-talu mengatakan yang Im dah ada perempuan lain. "Aku ingat aku nak mintak break aje le dengan Im. Aku tak tahan le macam ni. Tak tau lagi apa patut aku buat. Takkan aku nak merayu-rayu kat dia kot." Aku melahirkan rasa terkilanku pada Shahrul. Aku tidak bermaksud mengeluarkan kata-kata tersebut sebenarnya. Semua itu bukannya dari hati aku. Mana mungkin aku hendak meminta Im memutuskan hubungan kami. Aku masih sayangkan Im, ***a mungkin tidak semekar dulu. Shahrul agak terkejut mendengar kata-kataku. "Isy, kau cuba le pujuk dia dulu. Tanya apa masalah dia. Selagi boleh selamat, kau selamatkan dulu hubungan kau ni. Aku bukan nak kata apa, tapi korang berdua aku tengok padan sangat." "Hmm, tak tau le aku nak kata apa lagi. Malas dah nak layan masalah ni. Kalau dia tak nakkan aku lagi, ceraikan aku. Hehehe." Aku cuba untuk ketawa, tapi aku tahu, ketawa aku tak ubah macam orang yang baru kena bedah perut.
Ring.. ring.. telefon di pejabatku berbunyi. "Hello." "Hello, Asdiyanti ada?" Aku cukup kenal dengan suara yang kedengaran di sebelah sana. "Ni Yati le ni." "Ni Im. Im nak jumpa Yati boleh, waktu lunch karang?" "Isyy, tak boleh le. Yati banyak kerja sekarang ni. Kena submit proposal petang ni jugak. Tak berani le nak janji takut tak sempat keluar lunch." Aikk.. tak sangka aku sanggup jual mahal dengan Im. Aku sendiri tak pasti apa sebabnya aku berbohong dan mengelakkan diri dari Im. "Hmm, kalau macam tu, tak pe la. Tapi Im nak jugak jumpa Yati. Im ada benda nak cakap sikit dengan Yati." "Cakap telefon pun tak pe. Apa bendanya yang Im nak cakap tu?" aku berdebar-debar menanti. "Tak nak le cakap dalam phone. Benda ni kena cakap face to face." Im masih dengan pendiriannya untuk berjumpa denganku. "Kalau macam tu, lain kali le kita jumpa." Aku cuba memberi cadangan kepada Im. "Ok le. Im nak tanya, kenapa Yati dah lama tak call Im?" Aikk, biar benar mamat ni. Dulu, siapa yang call siapa, dan siapa yang marahkan siapa?
Malam, aku tidak boleh melelapkan mata. Teringat aku akan panggilan telefon Im pagi tadi. Apa agaknya benda yang dia nak cakapkan pada aku tu ye? Kenapalah aku berbohong. Kalau aku tak bohong siang tadi, tentu aku boleh berjumpa dengan Im. Tentu aku tak meneka-neka benda yang Im nak cakapkan dengan aku. Tentu malam ini tak terganggu tidurku memikirkan semua tu. "Agaknya Im nak pujuk aku kot..." Aku tersenyum sendirian. Teringat pula aku pada Hisham, teman sepejabat yang menaruh hati kepadaku. Baik orangnya, handsome pun boleh tahan. Berkali-kali dia menyatakan hasratnya kepadaku. Katanya aku ni ramai peminat, sebab itulah dia cepat-cepat nak merisik hati aku. Takut aku dikebas orang lain. Geli hati aku dengan gelagat Hisham. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa yang aku sudah ada Im di hati. Semua yang mengenali aku di Make Money sedia maklum yang aku tidak suka bercakap tentang hal cintan-cintun aku. Bila ada yang bertanya samada aku sudah berpunya atau belum, aku hanya akan menjawab dengan senyuman.
"Yati, apa kata Yati jadi makwe Sham?" tanya Sham kepadaku suatu hari selepas selesai perbincangan projek baru kami. Nada Sham seperti bergurau tetapi kulihat wajahnya serius. "Isyy, mengarut le Sham ni. Tak nak le Yati. Nanti ada orang marah." "Siapa pulak yang nak marah? Yati dah ada pakwe ke?" Air muka Sham terus berubah. Aku cepat-cepat membetulkan kembali keadaan. "Eh, tak le. Maksud Yati, nanti orang yang minat kat Sham semuanya marahkan Yati. Dah le. Nak sambung kerja ni." Kasihan aku pada Sham. Kata kak Ani, Sham memang bersungguh-sungguh dengan aku. Dia benar-benar menaruh hati padaku. Di waktu yang sama, dia juga bimbang dengan persaingan dari teman sepejabatku yang lain. Hisham, Hisham... Aku hanya tersenyum
"Yati, dah lama Im nak cakap benda ni dengan Yati. Bila Im nak jumpa dengan Yati, selalu tak boleh. Tapi hari ni, Im memang kena beritahu Yati jugak." Im menelefonku malam itu. "Apa dia yang Im nak beritahu tu?" Aku dapat merasakan degup jantungku semakin laju. Aku jadi tidak tentu arah dengan tiba-tiba. "Walau macam mana pun, Im mintak kita stay sebagai kawan ok?" Im mula membuat aku berteka-teka. "Ye la. Apa dianya?" Aku semakin tidak sabar untuk mendengar. "Yati, Im rasa kita dah tak serasi lagi. Im rasa cukup le sampai sini aje." Ya Allah. Kata-kata Im cukup untuk membuatkan hati aku hancur luluh. Aku cuba menahan suara, agar tidak kedengaran bergetar. Namun, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui bagaimana hancurnya hati aku ketika itu. "Emm... Yati pun dah lama rasa macam tu." Aku terhenti. Sesungguhnya, aku berbohong. Aku berbohong bila mengatakan yang aku dan Im sepatutnya memutuskan hubungan kami. Aku berbohong bila mengatakan yang aku jua merasakan yang kami tidak lagi serasi. Aku berbohong pada Im, tetapi aku tidak mampu membohongi diriku sendiri. "Yati, Yati ok?" Im bertanya setelah lama aku mendiamkan diri. "Eh.. ok.. ***a tak tau nak kata apa dah. Im ok ke?" Alamak, bodohnya soalan aku. Sepatutnya soalan itu aku tujukan pada diriku sendiri. "Ok je. Yati, Im sebenarnya dah ada orang lain." Bergenang air mataku mendengarnya. Im seolah-olah cuba menambahkan luka hatiku yang telah sedia parah. "Siapa orang tu Im? Yati kenal ke?" "Nak kata kenal tu tak le jugak, tapi Yati pernah tahu le pasal dia." Serta-merta aku teringatkan Imah. Im dah kembali pada Imah? Oh tidak.... "Imah?" "Hmmm.." Ringkas aku bertanya dan ringkas juga Im menjawab. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku masih pada Im. Im kini bahagia dengan Imah. Rupa-rupanya mereka telah lama berbaik kembali tanpa pengetahuanku. Dan mungkin juga perbuatan aku di KL yang lalu dijadikan alasan untuk dia membuang aku.
"Yati, dah le tuu.. " Hisham menyapaku dari belakang. "Muka aje menghadap komputer, tapi dari tadi Sham tengok Yati asyik menangis aje. Tak baik tau. Benda yang berlaku tu semua ada hikmahnya." "Ehh... mana ada orang menangis. Orang tengah practise ni, nak ganti Azean Irdawaty." Pada Hisham aku ceritakan segalanya. Entah mengapa, hari ini aku menangis bersungguh-sungguh biarpun peristiwa tersebut telah dua minggu berlalu. Sebelum ini, setitis air mata pun tidak terjatuh. Tetapi hari ini, dunia telah menyaksikan betapa seorang gadis yang tabah akhirnya tumpas jua. Lihatlah duniaaaa..... "Aku tak de apa-apa le Sham. Jangan le risau. ***a sedih sikit je." Hisham banyak membantuku. Tetapi hatiku tetap tidak pernah rasa tertaut padanya. Aku hanya menyenangi Hisham sebagai seorang rakan. Kasihan dia, kerana masih mengharapkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku boleh menerimanya. Manalah tahu, itu semua kuasa Allah.
"Yang, termenung apa tuu?" Aku menoleh ke arah suamiku. Baik, kacak, segalanya nampak indah padaku. Dialah yang telah Allah takdirkan buatku. Dialah milikku kini. Sesungguhnya aku kini bahagia bersamanya. Kenangan bersama Im tidak mungkin menandingi kebahagiaan aku bersama Azrul, suamiku yang tercinta. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Aku yakin Allah itu Maha Adil. Im tidak ditakdirkan denganku, tetapi aku dijanjikan lelaki yang lebih baik darinya. Moga Allah kekalkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat. Amin.
APAKAH itu cinta? Aku sendiri tidak faham, kerana aku seringkali tersalah tafsir akan erti dan maksud cinta itu sendiri. Remaja, terlalu kepingin untuk menyintai dan dicintai. Pabila dewasa, dan apabila kian meningkat umur kita, malah kita akan lebih memahami tentang dunia percintaan ini mungkin?
Aku juga sepi. Di negara nan asing ini. Wellington, New Zealand. Aku seorang diri berkerja sebagai penjual bunga. Ada kalanya, aku dipanggil oleh 'boss' syarikat In-2-PC yang menggaji aku seminggu sekali. Hasilnya berpatutan, dan aku juga dirapatkan dengan beberapa orang rakan sekerja yang agak ganjil. Ya, dalam bahasa inggerisnya; kita panggil mereka 'wierd'. Hendak dikatakan ganjil sangat itu tidaklah. ***a, biasalah bukan?
Aku dahulu membesar di sebuah kampung di utara negeri Perak. Kampung yang aman, di kelilingi oleh bukit bukau dan bergunung-ganang. Kawasan paling lembab, 'I mean' paling basah di Malaysia. Maklumlah, hujan turun hampir tiap-tiap hari. Membesar bersama atuk dan opah di kampung. Ayah dan ibu tinggal di bandar, dan mereka hidup berasingan. Mungkin nasib aku sudah ditakdirkan sebegini.
Aku sempat tinggal bersama bapa di Damansara setelah aku tamat SPM. Bapa tidak pernah berubah. Seorang yang tegas dan berkarisma. Dia juga pendiam, dan tidak banyak berbicara kecualilah jika ada urusan yang penting di antara kami berdua. Aku sangat menghormatinya, kerana dia banyak memberi nasihat dan kekuatan.
Sewaktu aku berada di Damansara, aku pernah mengenali seorang gadis yang bernama Ezlin. Aku suka memanggilnya Lin, tetapi dia lebih suka dipanggil "Ezzy". Entah apa yang seronok dipanggil sebegitu, aku pun tidak tahu. Mungkin lebih 'fancy' atau lebih kebaratan? Namun, dia adalah gadis pertama yang mengajar aku, apakah ertinya cinta seorang remaja. Apakah itu cinta di antara dua insan lelaki dan perempuan. Walaupun kami masih lagi remaja, namun kami sudahpun merasai apakah nikmatnya sebuah persahabatan dan percintaan dua insan.
Aku masih ingat lagi, ketika mana aku mula mengenali dirinya. Dia sungguh menarik, dan mempersona. Gadis belasan tahun yang masih muda, tidak ramai yang dapat menyamai apa yang dia miliki. Berambut hitam keperangan, berhidung mancung, dan pipinya yang putih gebu. Paling penting, dia memiliki kesederhanaan di dalam pergaulan.
"Macam mana dengan result awak?" aku bertanya ketika dia sedang berpeluh menahan bahang mentari yang terik. Membakar kulitnya yang sudah pun kemerah-merahan. Dia tersenyum manis ke arah aku. Namun dia cuba berundur, mungkin kerana malu. "Maaf kalau saya mengganggu. Saya rasa, awak ni jiran sebelah rumah saya kan?" aku lebih berani lagi untuk berbual. "Maaf..... saya tak kenal awak...." dia cuba memandang wajah aku. Tetapi, aku faham.... bukan senang hendak melihat wajah aku yang setinggi 180 cm. Bahkan, sudah tentu dia malu dengan perlakuan aku yang selamba ini. "Awak tak perlu meminta maaf. Saya dah lama maafkan awak...."
"Eh?....." dia senyum tersipu-sipu malu. "Sejak awak pancutkan air kat muka ni di taman rumah saya tempoh hari. Ingat lagi?" aku menunding jari telunjuk ke wajah ku yang juga merah menahan panas. "Ya! Eh, awak ke...... awak ni anak Dr. Hisham? Jiran saya?" dia menjawab dengan gembira. "Yalah..... kenapa? Muka saya ada iras-iras Batman ke hari ni, sampai awak tak kenal langsung?" aku cuba berjenaka. "Bukan Batman..... tapi, Kluangman lah!" "Hahahaha......"
Akhirnya kami menjalinkan persahabatan. Sebuah persahabatan yang sangat bernilai bagi diri ku. Tiada tolok bandingnya. Hatiku sangat tulus dan ikhlas menyintainya. Apatah lagi kami berjiran. ***a, aku tidak menyangka betapa ayah Lin akhirnya menjadi tembok penghalang di antara kami. Dia tidak bersetuju dengan perhubungan kami. Ayah aku juga tidak bersetuju?! Katanya, "Anak Dato' Kamarul itu sudah ditunangkan sejak kecil lagi..... jangan kamu pandai-pandai nak runtuhkan kebahagiaan keluarga mereka! Cukup dengan keluarga kita saja yang ditimpa berbagai ujian dari Tuhan. Jangan pula kamu nak buat lagi kerja-kerja yang tidak berfaedah. Keputusan SPM dah nak keluar..... bla bla bla"
Tidak aku fahami, mengapa orang melayu suka melakukan pertunangan untuk anak-anak mereka yang setahun jagung? Ketika mereka masih kecil? Adakah mereka sedar, kebahagiaan anak mereka itu adalah bukan milik mereka? Sudah tentu anak mereka tidak sekali memahami, apakah ertinya sebuah percintaan! Adakah Ezlin mengetahuinya?
"Tidak.... dia tak tahu, tapi ayahnya sudah memberikan amaran pada daddy. So, don't try to underestimate me. You know that I love you?!"
Aku faham perasaan ayah. Dia ada kedudukan dan, dia mahu menjaga kedudukannya di dalam society. Dia seorang yang berpengaruh di dalam masyarakat. Masakan aku mahu melanggar nasihatnya, dan larangannya? Aku sayangkan ayah. Aku sayangkan 'daddy' aku. Dialah satu-satunya insan yang sedikit sebanyak berjaya menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Walaupun tidak 24 jam berada di rumah bersama aku.
"Ril..... I love you so much. Why this thing must happened to us?"
Setelah Lin mengetahui kisah pertunangannya dengan anak seorang ahli politik, perhubungan kami semakin menemui kebuntuan. Kami banyak bertengkar. Sebenarnya kami saling menyintai, namun aku telah memilih untuk mengundur diri. Tidak pernah terlintas di hati aku untuk menolak rasa cinta ini. Kepada siapa lagi harus aku adukan rasa rindu dan pedih di jiwa yang mencucuk-cucuk ini?
Ibu? Kemanakah dia menghilangkan diri? Bekas seorang peragawati yang meninggalkan ayah keseorangan. Menuntut cerai sedangkan ayah adalah seorang lelaki yang sepatutnya dihormati. Di manakah nilai ketimuran seorang wanita melayu? Adakah kerana nafsu, sifat keibuan harus ditinggalkan. Sia-sia kecantikan yang Allah berikan kepada mu wahai ibu. Lantas, kebahagiaan yang pernah dibina oleh 'daddy' bersama mu telah disentap. Ayah keseorangan, seperti aku hadapi jua kini. Kenapa lelaki yang umurnya hampir boleh dipanggil abang oleh aku, kau tunggangi? Kau runtun nafsu mu, sehingga memaksa ayah melafazkan perkataan "cerai"?
Setelah 5 tahun pemergian ayah ke pangkuan Ilahi. Aku keseorangan. Syarikat yang telah ayah tinggalkan kepada aku, tidak lagi aku perlukan. Biarlah kawan ayah, Pakcik Hamzah menolong aku untuk menjaganya. Dia seorang yang amanah. Apa yang hendak dirisaukan lagi?
Aku kini kesepian. Ezlin telahpun berumahtangga dengan lelaki yang dijodohkan menjadi suaminya. Adakah aku terlalu lemah sehingga menjadi sebegini dayus? Memilih untuk membawa diri ke negara orang? Adakah aku dikira merajuk? Namun, aku yatim tanpa keluarga dan kini keseorangan. Tidak, aku masih lagi memiliki seseorang........
Ya, aku kenal akan seorang gadis kemudiannya di sini. Namanya Nadia. Anak gadis melayu kacukan british yang secara tidak disengajakan, berjumpa dengan aku ketika menyambut majlis Hari Raya di kedutaan Malaysia. Tetapi, kami hanya mampu berkawan. Dia sudah dimiliki. Teman lelakinya......... hmmm!
Sudah tidak mampu lagi untuk aku menyuarakan perasaan ku ini kepada sesiapa. Bagi aku, sudah tiada semangat lagi di dalam diriku. Untuk menegur seorang gadis pun, tiada lagi kekuatan. Yang aku mampu hanyalah berkerja seorang diri, dan membawa diriku ini ke mana angin membawa arah. Angin yang membawa musim berganti musim. Mungkin aku akan mengubah haluan. Mungkin? Siapa tahu?
Nadia pernah juga menyatakan, "If I had known you before I've met Edry..... I don't know what will gonna happen with my heart..... maybe I'm gonna love you. I love Edry, I love you. I love you both......"
Aku sendiri tidak faham. Adakah ianya satu penipuan? Atau hanya untuk mengeluarkan kata-kata manis, demi menjaga sebuah persahabatan yang sudah berkecai? Aku lebih rela ditipu oleh seorang 'tauke cina' tentang harga sehelai jeans, berbanding aku ditipu oleh seorang gadis yang aku.........
Ah! Sudah tidak mampu lagi untuk bibir ini menuturkan perkataan 'cinta'.
Masa memberhentikan lamunanku. Aku mematikan enjin kereta aku. Sebuah rumah yang sederhana kecil di hadapan aku. Tempat aku tinggal bersama keluarga Stephens. Mereka banyak memberi bantuan kepada aku, walaupun aku tidak dapat menerima lebih daripada hanya sebuah bilik yang disewakan. Ianya tetap menjadi bantuan yang tidak ternilai buat diriku. Stephens adalah kawan baik ayah semasa mereka menuntut di Amerika. Dia sekarang melayani aku sama seperti anak-anaknya sendiri.
"Somebody wants to meet you buddy!" Uncle Stephen keluar dari beranda tempat dia selalu berehat-rehat menghabiskan waktu tuanya.
Aku menutup pintu kereta ku. Aku melangkah tenang, namun di hati kecilku.... tertanya-tanya, siapakah gerangan insan lain yang mengetahui tempat aku tinggal ini, selain Pakcik Hamzah? "She's in there....." Uncle Stephen menunding jari. Aku masuk ke dalam.
Seorang perempuan separuh umur sedang berdiri melihat aku masuk ke dalam rumah. Cantik dan menawan. Namun, dia kelihatan sebak dan sayu apabila melihat aku kini berada di hadapannya. 'Aku rasa, pernah tengok perempuan ini di mana ya? Aku pun dah lupa.....' "Zairil...... anak ibu!" perempuan itu menerpa dan terus memeluk aku tanpa segan dan silu. Aku kaget. Tidak faham. Betulkan ini ibu? Ibu yang melahirkan aku? Yang aku ingat, hanya pernah sekali dia menampar muka ku ketika aku cuba memukul seorang lelaki yang datang ke rumah ayah suatu ketika dahulu. Ketika aku masih kecil lagi, tidak tahu erti penzinaan dan kejalangan? Ini ibu aku? "Ibu?......" suara aku tersekat-sekat. Tanpa aku sedari, manik-manik jernih membasahi pipi aku kini.
Aku tidak dapat menahan perasaan ini. Aku telah kehilangan ayah. Aku tidak mehu kehilangan ibu. Walaupun dia pernah meninggalkan ayah dan aku kegersangan. Namun, aku.....
"Anak ibu..... sihat ke?" dia mengesat air matanya sendiri. Kemudian, jari jemarinya pula cepat mengesat air mata ku pula. "Sihat......" aku menganggukkan kepala ku. "Ibu..... ibu....." dia kelihatan sebak. Nasib baiklah Uncle Stephen faham dengan situasi dramatik kami ini. Dia meninggalkan kami berdua sahaja di ruang tamu. "Ibu, tak usahlah ibu risaukan saya...... saya dah besar panjang....." aku tunduk. "Maafkan ibu sayang? Ibu dah insaf..... ibu dah kembali ke pangkal jalan. Ibu tak tahu lagi ke mana harus ibu bawa diri ibu yang hina..." "IBU! Jangan ibu lafazkan perkataan itu!" "Zairil?..... Ibu memang layak dipanggil hina, jika ibu meninggalkan Zairil ketika Zairil masih kecil lagi. Apa? Zairil tak marahkan ibu?" "Tak ibu....." aku cuba menipu.
Aku sedar, ibu adalah tetap ibu aku jua. Walau macam mana sekalipun jahatnya dia, tidak ada perkataan lain yang layak dipanggil untuknya, melainkan "ibu". ***a, di manakah lelaki yang durjana itu? Lelaki yang merampas ibu daripada ayah dan aku?
"Mana Daniel?....." tanya aku agak berani. "................." ibu tertunduk dengan air mata terus mengalir lagi dan lagi. "Ibu, saya tak marahkan ibu. ***a, saya nak tahu..... di mana Daniel?" "Zairil..... lupakanlah kisah yang lama...... ya sayang?" perempuan yang berada di hadapan aku kini terduduk lemah. "Ibu?....." "Zairil! Ibu ada penyakit kanser....." dia termanggu lemah dan kesepian. Dia melontarkan pandangannya ke arah jendela yang terbuka luas. Musim bunga, membawa cahaya mentari masuk ke rumah Uncle Stephen, cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi. Namun hatiku kecut. Aku tidak mahu kehilangan ibu. Itulah bisikan hatiku.
Tiba-tiba air mataku mengalir lagi. Aku kini lemah tidak berdaya. Aku benar-benar tidak berdaya. Aku rasakan dunia ini gelap tanpa cahaya. Air mata aku mengalir deras, dan rasa sebaknya aku tidak tertahan. Aku terduduk dan hanya mampu untuk ternganga menantikan cerita yang seterusnya hadir daripada insan yang berada di hadapan ku sekarang. Insan yang kusayangi.
"Ibu..... ada lagi 6 bulan saja sayang...." suaranya tersekat-sekat. Dia tidak memandang ke arah aku. Matanya layu, bengkak menahan air mata. "..............." aku terdiam. Apa yang harus aku jawab? Adakah aku perlu menjerit sekuat hati? "Ibu..... dah cuba mencari Zairil, sejak 2 tahun lepas lagi. Akhrinya, Pakcik Hamzah yang tolong ibu beritakan hal Zairil di sini....." dia mula memandang aku. Namun, kali ini aku tunduk ke lantai. Melihat karpet gebu berkulitkan kulit harimau itu. "Ibu dah bertaubat Zairil. Maafkan ibu......" sendunya semakin mendalam. Seorang perempuan yang aku sangat-sangat rindukan kasih sayangnya kini berada di hadapan aku. ***a, kenapa tinggal lagi 6 bulan untuk kami dapat bersama? Adakah ini ujian yang selanjutnya daripada Tuhan ku? "Ibu............."
Aku mula memasang nekad dan tekad. Walaupun aku tidak faham akan erti cinta yang sebenarnya. Namun, aku faham erti sebuah keinsafan. Aku faham erti sebuah kerinduan. Aku rindukan cinta itu. Walaupun hidup tanpa seorang gadis di sisi, tidak mengapa. Hidup tanpa pekerjaan di dalam kehidupan pun, tidak mengapa. Hidup yang selalu kesepian? Ah! Tidak mengapa, asalkan dapat memberikan seri dan kekuatan kepada ibu ku untuk melalui kehidupannya kini. Pastinya lelaki keparat yang bernama Daniel itu meninggalkan ibu keseorangan sekarang. Pastinya kini, ibu hidup kesepian sama seperti apa yang aku alami. Dia juga rindukan cinta dari aku sebagai anaknya. Adakah layak untuk aku sebagai anak menghukum ibu ku sendiri? Biarlah Allah yang menghukumnya. Tugasku sebagai anak ialah menjaga ibu, sama seperti aku pernah menjaga ayahku suatu ketika dahulu.
"Ya Zairil?....." tanya ibu akhirnya. "Saya berjanji, akan menjaga ibu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya akan menjaga ibu, dan akan cuba memberikan apa yang terbaik..... yang sepatutnya seorang anak berikan kepada ibunya....." aku berdiri. Air mataku semakin mengalir dengan derasnya. "Zairil sayang...." ibu bangun. Dia terlalu sebak dengan air matanya membasahi pipi. "Ibu......" kami berpelukan. Kasih sayang ini tidak akan kulupakan selama-lamanya. Walaupun ibu pernah meninggalkan aku, namun kini kami telah bertemu. Aku tidak mahu berpisah lagi. 6 bulan mungkin terlalu pendek. Namun, cukuplah setakat mana yang aku mampu. 6 bulan bersama cinta ibu, tidak kan sama dengan hidup keseorangan tanpa dirinya.
Syarahan yang bertajuk “Dari manakah sumber harta kita?” bimbingan Ustaz Rahmat baru sahaja selesai. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke arah Ustaz Rahmat untuk bersalam dengannya. Tidak kurang juga ada yang menghulurkan beberapa keping wang kertas kepadanya. Saku jubah putihnya penuh dengan wang kertas merah-kemerahan. Ustaz Rahmat memang sentiasa digemari ramai. Ceramahnya sentiasa menarik perhatian para pendengar dengan kelucuannya. Ceramahnya juga boleh menyedarkan para pendengarnya ke arah kebaikan.
“Abang berceramah tentang apa dalam syarahan tadi?” Isterinya, Cik Salmah bertanya kepada suaminya yang baru sampai ke rumahnya.
“Macam-macam saya sentuh tapi yang saya tegaskan adalah sumber rezeki. Eh, awak ni kalau ya pun beri saya mandi dahulu! Kopi pun awak belum buat. Nanti kita boleh bersembang,” Ustaz Rahmat terus menuju ke biliknya.
Lazimnya, jika Cik Salmah tidak menghadiri ceramah suaminya itu, dia akan menunggu suaminya pulang dan Ustaz Rahmat akan berkongsi dengannya tentang ceramah yang telah disampaikannya. Selesai mandi dan memakai baju tidurnya, Ustaz Rahmat duduk di ruang tamu untuk menjamu hidangan makanan ringan yang telah disiapkan oleh Isterinya. Cik Salmah sudah menunggu di ruang tamu untuk menemani suaminya.
“Tadi saya menerangkan tentang sumber rezeki yang halal. Sumber rezeki yang halal adalah salah satu syarat untuk kerukunan rumahtangga. Salah satu punca kepincangan keluarga, masalah anak-anak yang tidak dapat dikawal, suami isteri yang bergaduh adalah sumber rezeki yang haram. Seperti tubuh badan kita, jika segumpal daging dalam tubuh ini busuk, kesemua organ-organ dalam tubuh kita akan rosak. Jika ketua keluarga memberi makan kepada keluarganya dari sumber yang haram, hati dan jiwa kesuluruhan keluarga tersebut akan rosak. Iman juga akan semakin lucut. Itulah sebabnya kita sebagai umat Islam harus berhati-hati dalam mencari rezeki. Pilihlah sumber rezeki yang halal,” Ustaz Rahmat berhenti seketika.
“Eh, awak nak beri ceramah yang sama sekali lagi ke?” Cik Salmah berseloroh. “Dahlah Bang, awak pun dah penat. Pergi masuk tidur dahulu.”
“Ramli dan Rita masih belum pulang lagi ke?”
“Ramli kata dia kerja lembur hari ini. Rita pula katanya ada hal di rumah temannya.”
“Awak nasihat sikit pada budak-budak tu. Jangan asyik pulang lewat malam. Rita terutamanya, kan tak manis orang perempuan balik malam-malam buta. Si Ramli tu, nasihat dia suruh baik-baik kerja. Dia diamanahkan untuk mengendalikan wang syarikat. Besar risikonya cubaannya juga hebat.”
“Eh, awak bapa mereka, nasihatlah juga. Jangan asyik beri ceramah di luar tapi anak sendiri tidak diberi nasihat. Jangan pula kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.”
Ustaz Rahmat tersenyum mendengar teguran isterinya lalu mengangkat kaki menuju ke biliknya.
Keesokan harinya, selepas bersembahyang Isyak di Masjid, Ustaz Rahmat pulang dengan disambut oleh seluruh anggota keluarganya yang sedang menunggunya di rumah. Ramli dan Rita pulang awal pada malam itu. Mereka semua sedang menunggu Ustaz Rahmat di ruang tamu.
“Eh, mesyuarat apa ni?” Ustaz Rahmat kehairanan.
“Entahlah bang. Ramli kata ada hal dia nak beritahu kita semua,” Cik Salmah menjawab sambil menuang kopi panas ke dalam cawan suaminya.
Ramli tidak sabar untuk memberitahu berita yang baginya amat baik kepada ahli keluarganya.
“Begini ayah, saya baru jual saham dan telah mendapat wang tunai lima ratus ribu dolar,” Ramli terhenti seketika.
Ustaz Rahmat dan Cik Salmah terdiam seketika. Terperanjat mendengar berita Ramli. Rita pula tercengang apabila mendengar wang sebanyak itu. Terasa pula seperti orang kaya pada saat itu apabila mendengar jumlah wang tersebut.
“Jadi saya ingin berkongsi lah keuntungan itu bersama ayah, ibu dan Rita,” Ramli menyambung kata-katanya yang terhenti tadi.
“Saya telah membelikan ayah sebuah kereta Proton Saga. Ini untuk memudahkan ayah kehulur-kehilir ke Masjid-masjid untuk mengajar. Dapat juga saya cari pahala dengan memudahkan ayah berdakwah. Ibu pula saya ada belikan satu set barang kemas, rantai, gelang dan cincin. Hadiah dari saya semenjak saya mula bekerja. Rita pula, Along dah pun belikan sebuah komputer dan televisyen kecil untuk diletakkan di dalam bilik Rita.”
Terharu Ustaz Rahmat mendengar kemurahan hati Ramli terhadap keluarganya. Tidak sangka bahawa Ramli begitu murah hati sehingga sanggup membelanjakan wangnya untuk membelikannya sebuah kereta.
“Terima kasih banyak-banyak Ramli. Tak terkata ayah bila mendapat hadiah yang terlalu mahal ini. Ayah rasa serba salah pula untuk menerimanya. Wang kamu itu sebaik-baiknya kamu simpan untuk masa depan kamu.”
“Saya dah ketepikan pun wang untuk disimpan. Lagi satu, saya bercadang untuk membawa ayah, ibu dan Rita pergi Umrah selepas musim haji nanti. Bagaimana ayah, Ibu?”
Mereka terdiam. Terkelu lidah untuk berkata apa-apa. Mereka merasakan seperti rezeki datang melimpah-limpah bergolek ke atas peha. Semua setuju dengan saranan Ramli. Memang mereka ingin benar untuk menunaikan Umrah apabila ada rezeki. Tapi kini rezeki sudah datang bergolek, inilah kesempatan mereka.
Enam bulan telah berlalu, cara kehidupan Ustaz Rahmat sekeluarga semakin mewah. Mereka boleh dianggap Orang Kaya Baru tetapi Ustaz Rahmat tidak pernah angkuh malah lebih kerap beribadah. Ustaz Rahmat tidak mahu kekayaan yang diperolehi mengoncangkan keimanannya. Sesungguhnya Iblis akan sentiasa mencuba menghasut umat manusia. Ustaz Rahmat tidak mahu dirinya dijadikan korban Iblis laknatullah itu.
Malang tak berbau, pada suatu pagi kereta Ustaz Rahmat telah dirempuh oleh sebuah lori. Mujur Ustaz Rahmat tidak ada di dalam kereta. Kerosakan kereta itu memakan perbelanjaan yang besar dan mengambil masa dua minggu untuk dibetulkan. Selepas kejadian itu, Ustaz Rahmat tidak mahu lagi menggunakan kereta. Dia lebih rela menaiki pengangkutan awam. Lebih selamat katanya. Oleh itu, kereta itu telah digunakan oleh Ramli sendiri. Ramli yang selama ini menggunakan motosikal beralih kepada kereta Proton Saga ayahnya itu.
“Rita!! Kamu nampak rantai emas Ibu tak?” Jerit Cik Salmah sambil membelek-belek almari bajunya untuk mencari barang-barang kemas pemberian Ramli.
Rita yang sedang sibuk membetulkan komputer yang baru dibeli oleh abangnya tidak melayan ibunya itu. Komputernya pula tiba-tiba hilang segala maklumat di dalam komputer itu. Dimaki hamun komputer barunya itu kerana telah menyusahkannya. Rita terpaksa menaip kembali tugasan-tugasannya.
“Mengapa jerit-jerit Salmah? Kalau ya pun carilah dengan mata bukan dengan mulut!” Ustaz Rahmat menegur isterinya yang sedang berpeluh-peluh mencari barang kemasnya.
“Tempoh hari gelang, hari ini rantai pula yang hilang. Esok lusa apa pula? Cincin? Subang? Takkan saya tercicir?”
“Dahlah tu cari perlahan-lahan, kalau betul-betul tak ada dah memang bukan rezeki awak. Barang-barang kemas tu pun bukannya boleh dibawa ke kubur!”
“Yelah, Tu saya tahu tapi tu kan pemberian anak kita. Setiap pemberian orang kita harus menghargainya. Jaga dengan baik,” Cik Salmah semakin resah.
Berpeluh-peluh tubuh Cik Salmah mencari rantai emasnya. Selepas membongkar semua almarinya, Cik Salmah rebah di katil. Matanya dipejam tetapi kotak fikirannya masih tertumpu pada rantai emas yang hilang itu. Sudah dua barang kemasnya hilang dan kedua-duanya hadiah dari anaknya.
************
“Ayah, rancangan kita untuk pergi ke Umrah terpaksa dibatalkan. Kita pergi tahun hadapan sahaja ya?”
Ramli terdiam. Dia serba salah. Ramli sedar keluarganya memang berharap benar untuk menunaikan Umrah. Ramli tiada pilihan. Wang yang telah diketepikan untuk perbelanjaan ke Umrah nanti telah habis digunakan untuk membayar hutang. Rupa-rupanya, Ramli dibelenggu dengan hutang-piutang semenjak beberapa minggu ini. Ramli tidak mahu memberitahu keluarganya. Dia sendiri bingung dan tidak tahu kemana wangnya yang beribu-ribu dolar itu? Perbelanjaannya setiap hari seperti anak jutawan. Kini Ramli hanya mampu menggigit jari. Wangnya sudah pun habis. Di dalam masa yang begitu singkat, begitu cepat wangnya lesap tanpa meninggalkan kesan.
“Kenapa tak jadi? Wang tidak cukup ke?” Ustaz Rahmat terkilan mendengar berita kurang baik dari anaknya itu tetapi ditabahkan hatinya untuk menerimanya. Dia sedar Islam tidak pernah menyusahkan umatnya. Jika tidak mampu untuk menunaikan Umrah, batalkan sahaja rancangan itu dan apabila dimurahkan rezeki, niat itu boleh dijalankan.
Terkelu lidah Ramli untuk menjawab pertanyaan ayahnya. Ramli tidak boleh memberitahu ayahnya bahawa wangnya sudah habis kerana $500,000 bukanlah sedikit tetapi hampir sejuta.
“Ramli belum bersedia,” Ramli jawab dengan ringkas lalu menuju ke bilik tidurnya.
Ustaz Rahmat mengerutkan dahinya. Pelik rasanya perangai Ramli. Mula-mula dia yang beriya-iya untuk mengajak mereka sekeluarga ke Umrah? Beberapa minit kemudian, telefon rumah Ustaz Rahmat berdering.
“Assalamualaikum,” Ustaz Rahmat menjawab panggilan itu dengan memberi salam seperti biasa.
“Halo! Itu Ramli mana? Wa tahu dia ada di rumah! Panggil dia sekarang juga. Kalau tidak cakap sama dia, wa datang rumah dia!”
“Awak ni siapa? Nak apa dengan Ramli? Saya bapanya, awak boleh berbual dengan saya. Ramli tidur dan tidak mahu diganggu!”
“Oh lu bapak dia! Lu cakap pada anak lu sana, wa tau dia menang loteri setengah juta. Tapi tak mahu bayar hutang sama tai long. Cakap sama dia wa kasi dia tiga hari. Kalau tidak satu keluarga wa kerjakan. Ada FAHAM!!”
Ganggang telefon itu terlepas dari genggaman Ustaz Rahmat. Jantungnya semakin pantas berdegup mendengar berita yang memeranjatkan itu. Ustaz Rahmat melemparkan punggungnya ke sofa lalu mengurut-ngurut dadanya dan beristighfar. Buku agama yang baru sedang dipegangnya turut terjatuh dari genggamannya. Dipungut buku yang bertajuk “Rezeki yang Halal” itu lalu merenung tajuk buku itu dengan pandangan yang tajam. Tanpa disedari, air matanya berlinangan. Ustaz Rahmat bingung dengan apa yang terjadi. Terlalu bingung sehingga terkelu lidahnya untuk berkata apa-apa sehingga Ustaz Rahmat jatuh pengsan.
" Elin, lepas ni temankan aku ke cc kejap, boleh?"
Jemari Elina yang sedang ligat menulis termati. Dia berpaling sambil tersenyum simpul. Aku sudah dapat mengagak makna di sebalik senyumannya itu. Tetapi sengaja aku pura-pura tidak mengerti. Halaman buku nota kuselak sehelai demi sehelai. Walaupun tidak ada fakta yang melekat di kepalaku, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menyembunyikan perasaanku yang tidak menentu ketika itu.
"Hai.. sejak bila pula kau pandai ke cc ni Lisa... selalunya aku yang ajak kau. Ni.. kau pula yang ajak aku..."
"Alah.. bukan apa... nak check e-mail aje..."
"Ye ke ni... atau kau dah janji nak chat dengan Dzy Y2k tu?"
Aku terdiam sambil meneguk air liur. Wajah Elina kurenung berjurus-jurus. Serba salah. Memang betul tekaan Elina. Tetapi sebenarnya aku terpaksa. Bukannya aku ingin sangat bersembang dengan lelaki itu di MIRC. Aku memang jenis manusia yang tidak suka memungkiri janji. Silap aku juga. Kalau aku tidak berjanji dengan Dzy Y2k itu, tidak perlu aku bersusah payah ke Siber Kafe. Membazir masa sahaja.
Petang semalam segalanya bermula. Aku menemani Elina ke siber Kafe yang beria-ia benar ingin berbual dengan buah hatinya yang belajar di Mesir melalui MIRC. Sementara menunggu Elin berbual mesra, aku membuka laman web dan menghantar e-mail buat teman baikku Hana yang belajar di USM. Setelah jemu membuka laman web, aku cuba-cuba masuk ke MIRC untuk chatting. Sebaik sahaja aku memilih channel kampung, senarai nama members chat tersenarai di situ. Nama pertama yang menarik perhatianku ialah Dzy Y2k kerana ia agak unik berbanding nama lain. Lalu aku klik dua kali pada nama itu.
Dewi: Assalammulaikum
Dzy Y2k: Waalaikumsalam.
Dewi: Peliklah nama awak.. kenapa mesti Dzy Y2k?
Dzy Y2k: Biasalah... remaja alaf baru. Asal mana? Belajar lagi ke? Ambil jurusan apa?
Aku berfikir sejenak."Aku tak boleh beri maklumat betul... kalau dia ni budak UM juga macam mana? mati aku....."
Dewi: Asal Pahang. Belajar kat UIA. Ambil Accounting. Awak?
Dzy Y2k: Asal Selangor. Belajar kat UKM. Ambil Medic.
" Lisa.. jom balik..." Tanpa kusedari Elina sudah berada di belakang sambil memegang bahuku.
"Sekejap.. aku nak sudahkan chat ni..."
Dewi: Saya nak balik ni... Jumpa lagi
Dzy Y2k: Saya minat nama awak. Boleh kita chat lagi esok? Jam 5.00 petang. Janji tau.. saya tunggu.
Dewi : Insyaallah.. boleh....
"Lisa.. Lisa.." Lamunanku termati.
"Hai.. dah pandai berangan sekarang... ha, kata nak pergi cc tadi. Jomlah...." Elina mengusik sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannnya lalu beriringan dengannya ke Siber Kafe kolej.
*******************
Angin malam berpuput lembut. Dingin dan menyegarkan. Sekali-sekala sahutan unggas memecah kesunyian malam yang tenang. Sayangnya, ketenangan malam tidak setenang jiwaku. Bisikan demi bisikan hati meresahkan perasaanku. Kata-kata Dzy yang terpapar di skrin komputer petang tadi masih terbayang-bayang di ruang mataku.
"Dewi, walaupun kita tidak pernah bertemu, tetapi Dzy rasa Dzy dapat menyelami jiwa Dewi. Percayalah, Dzy tak pernah bermaksud untuk mempermainkan Dewi selama ini. Dzy benar-benar sayangkan Dewi dan berharap Dewi sudi menerima diri ini."
Aku benar-benar dilema. Serba-salah dan ragu-ragu. Jika kuturutkan kata hati, memang aku boleh menerima Dzy dalam sekelip mata. Tetapi, kata akalku masih mampu memaksa mindaku berfikir .Ya, cinta siber tidak semestinya sesuatu yang realiti. Bagiku, meskipun perkenalan kami sudah menjangkau dua tahun, tetapi itu tidak bererti kami sudah saling mengerti dan memahami. Apatah lagi kami tidak pernah bersua muka. Identiti sebenar pun masih menjadi rahsia.
Aku agak terkejut juga apabila membaca bicara Dzy dalam e-mail yang dikirimkannya itu. Aku tidak pernah menyangka sampai begitu sekali perasaannya terhadapku. Selama ini, aku ***a menganggapnya sebagai seorang rakan siber yang boleh dibawa berbincang dalam pelajaran, bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah dan cerita suka-duka. Anak muda itu tidak pernah membicarakan perkara yang bukan-bukan .Jauh sekali untuk mempersendakan aku. Sikapnya itu amat kukagumi dan pada firasatku, dia adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi, itu tidak bermakna aku telah tertarik padanya. Seboleh-bolehnya aku cuba menjadi diriku sendiri. Seorang gadis yang berpendirian teguh yang tidak mungkin mudah tunduk pada cinta demi cita-citaku. Tetapi, pengakuan Dzy benar-benar mencabar naluri kewanitaanku.
Memang aku ingin dicintai dan mencintai. Sejak berusia 13 tahun lagi, perasaan itu telah wujud. Ia dicipta oleh seorang anak muda bersama Ikhwan DzulDzikri Hariz. Sebab itulah, sukar bagiku untuk menerima Dzy bulat-bulat kerana Dzikri masih bertakhta dalam hatiku.. Kadang-kadang, aku pelik dengan perasaanku sendiri. Sehingga kini, cintaku terhadap Dzikri masih bersemi meskipun dia tidak pernah tahu bahawa ada insan memendam rasa terhadapnya di alam diam selama ini.
Adakalanya aku rasa tidak adil menghukum Dzy begitu hanya kerana cintaku terhadap insan lain yang mungkin tidak akan berkesudahan. Tetapi, mana mungkin aku melupakan Dzikri. Nama yang penuh nostalgia. Nama pertama yang mengajarku makna sebuah cinta. Kisah lapan tahun lalu masih segar di kotak ingatanku.
"Woi! berhentilah! Jangan gaduh lagi!"
Aku cuba memberanikan diri menegur sekumpulan pelajar senior yang sedang membelasah seorang pelajar lelaki seusiaku. Teguranku tidak diendahkan oleh mereka. Sebaliknya, aku ditertawakan pula. Hatiku bertambah sakit melihat telatah mereka. Pelajar lelaki bertubuh kecil itu ditumbuk dan ditendang oleh mereka dengan sesuka hati. Aku tidak pasti apakah kesalahannnya sehingga dia dibelasah dengan teruk. Dia tidak sedikitpun melawan. Mungkin dia takut, agaknya. Tetapi, kalau melawan pun, natijahnya tetap sama, fikirku.
Rakan-rakannya yang lain ***a tecegat seperti tunggul mati. Tidak berani melawan pelajar-pelajar tingkatan lima yang bertubuh sasa itu. Aku tidak tahan lagi melihat kekejaman yang berlaku di hadapan mataku. Apatah lagi apabila melihat darah merah mengalir dari hidung dan mulut pelajar lelaki itu. Kasihan betul, dia.
"Hana, jom ikut aku. Kita beritahu cikgu Akmal!" Aku menarik tangan Hana agar mengikutku. Hana akur. Sampai sahaja di bilik guru disiplin itu, aku menceritakan segalanya dan meminta Cikgu akmal mengikut kami ke tempat kejadian.
"Hei hentikan kerja gila ni!" Jerkah cikgu Akmal kasar. Pelajar-pelajar senior itu tergamam dengan kemunculan guru bermisai tebal itu. Muka mereka pucat. Ditoreh tidak berdarah.
"Siapa ajar kamu jadi samseng ni ha?" Cikgu Akmal menempeleng pipi mereka seorang demi seorang. Mereka hanya tunduk membisu sambil meraba-raba pipi yang mula merah. Padan muka! Detikku sambil menggetap bibir.
"Apa salah dia sampai kamu pukul dia teruk-teruk ni?" Diam.
"Azman, kenapa mereka belasah kawan kamu ni?"
" Mereka marah dia sebab dia tak mahu belikan rokok mereka semalam…" jawab Azman .Dia kelihatan teragak-agak.
"Apa? Rokok? Oh.. rupa-rupanya selama ini kamu merokok! kurang ajar!!! Sendiri nak buat jahat, nak libatkan orang lain pula!!!"
Cikgu Akmal makin menyinga apabila mendengar penjelasan Azman. Dia merenung lima orang pelajar itu tajam. Seperti singa lapar yang ingin menerkam mangsanya. Mereka berlima hanya menikus.
Pelajar lelaki tadi tersandar lemah di tepi dinding kelas. Darah segar masih terus menali sehingga menitis ke atas baju sekolahnya. Kasihan sungguh! Rakan-rakannya barulah berani merapatinya setelah Cikgu Akmal muncul. Kalau tidak, sampai pengsan sekalipun anak muda itu, mereka tidak berani untuk menolong.
"Kau orang ada tisu, tak?" Tiba-tiba Azman ; rakan sekelasku merapatiku dan Hana. Hana hanya menggelengkan kepala.
"Aku tak ada tisu. Sapu tangan adalah." Ujarku sambil menghulurkan sapu tangan kepada Azman.
"Terima kasih."
Azman berlalu setelah sapu tangan berpindah tangan. Dia mengelap darah yang mengalir daripada hidung dan mulut rakannya yang dibelasah tadi dengan sapu tanganku. Aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh dengan pandangan simpati.
" Sudah! Semua balik ke kelas! Kamu berlima akan dibuang asrama mulai esok, faham!" Gertak Cikgu Akmal. Kelima-lima samseng itu hanya mampu menganggukkan kepala dengan wajah sugul sambil berlalu dari situ. Hatiku puas. Memang itu balasan bagi orang yang tidak berperikemanusiaan.
"Yang lain, masuk kelas! Azman, bawa kawan kamu ni ke bilik sakit."
Pelajar-pelajar yang berada di luar kelas segera masuk ke kelas masing-masing. Kecut perut mereka mendengar suara garau Cikgu Akmal. Tidak terkecuali aku. Hana melangkah ke kelas, meninggalkanku yang masih tertancap di depan pintu kelas .Aku memerhatikan Azman memimpin kawannya menuruni anak tangga. Anak muda itu sempat memandangku. Walaupun nampak lembut, tapi kacak juga orangnya, detik hatiku. Nakal. Namun, apa yang pasti, renungannya penuh bermakna walaupun tanpa suara. Mungkin dia ingin berterima kasih kepadaku kerana menyelamtkannya tadi. Mungkin juga... ah.. segalanya mungkin...
********************** Sungguh cepat detik waktu berlalu. Tidak terkejar oleh insan kerdil sepertiku. Masa terus berputar meninggalkan sisa-sisa kehidupan untuk hari itu. Aku tidak boleh lewat hari ini. Tepat pukul 3.30 nanti aku ada kelas tambahan pula. Detik hatiku berkira-kira sendirian. Kakiku ini terus laju melangkah meninggalkan kelas yang telah kosong. Selalunya aku pulang bersama Hana. Tetapi, hari ini sengaja kubiarkan dia pulang dahulu kerana aku terpaksa berjumpa dengan Cikgu Aziah yang memintaku menyertai pertandingan menulis dan mendeklamasi puisi untuk Hari Kebangsaan nanti. Bermula esok, aku kena mula berlatih. Ini bermakna aku akan balik lewat ke asrama setiap hari sehingga pertandingan itu diadakan.
Jam hampir ke angka 3 petang. Langkah makin kupercepatkan. Ketika aku asyik membetulkan susunan buku-buku di tangan, tanpa kusedari aku terlanggar seseorang. Aku benar-benar terkejut!! Buku-buku ditanganku terlepas lalu bertaburan di atas simen. Insan itu segera memungut buku-buku itu lalu menghulurkannya kepadaku sambil tersenyum manis. Aku terkedu! Mata kami bertembung seketika tetapi aku segera menundukkan pandanganku. Perasaan malu menyelinap di segenap jiwaku. Aku hampir terlupa. Dialah budak lelaki yang dibelasah teruk tempoh hari. Kata Hana, namanya Ikhwan DzulDzikri Hariz. Tidak kusangka kami akan bertemu lagi setelah hampir dua bulan peristiwa itu berlalu.
"Er... maafkan saya...."ujarnya yang masih setia menghulurkan buku-bukuku sejak tadi.
"Tak apa... te.. terima kasih... Sa.. saya yang cuai. Sa.. saya yang langgar awak tadi.. Sorry!" Ucapku gugup sambil mengambil buku-bukuku dari tangannya.
"Sa... saya pergi dulu.."
Aku segera mengatur langkah meninggalkannya. Malunya! Terasa ingin cepat sahaja aku pergi dari situ!
"Nurlisa! Nanti dulu!"
Langkahku termati. Sejak bila pula dia tahu namaku? Fikirku sejenak. Aku menoleh. Anak muda itu masih tercegat di tempat tadi. Kemudian, dia melangkah merapatiku.
"Maafkan saya... sebelum terlupa, saya nak ucapkan terima kasih kerana awak selamatkan saya hari tu. Terima kasih juga atas sapu tangan ini. Tapi... masih ada sikit kesan darah. Saya dah cuba basuh, tapi tak boleh hilang. Jadi, sebagai ganti, saya belikan yang baru..."
Kedua-dua sapu tangan itu dihulurkan kepadaku. Dari sinar matanya, aku tahu pengakuannya ikhlas.
"Lurus betul... budak ni..." detik hatiku.
"Tak apalah.... awak simpan aje sapu tangan baru tu. Biar saya ambil sapu tangan saya. Sebenarnya, kalau awak tak pulangkan pun tak apa.. saya tak kisah..."
Entah kuasa apa agaknya, aku berbicara spontan. Aku mengambil sapu tanganku sambil tersenyum.
"Terima kasih...",ucapku sebelum berlalu. Kemudian, aku melangkah tanpa menoleh ke belakang. Sambil melangkah... entah kenapa wajahnya yang kacak itu bermain di mindaku. Perasaan apakah ini? Ah, persetankan perasaan itu. Pelajaran patut diutamakan dulu!
Namun begitu ternyata aku tidak dapat membohongi perasaan ini. Tanpa kupinta, Dzikri adalah nama yang bersemadi di hatiku. Dialah satu-satunya lelaki yang berjaya merobohkan benteng keegoanku. Selalu juga kami terserempak dan dia akan memerhatikan aku dari jauh. Begitu juga aku. Dalam diam, dia abadi jauh di sudut hatiku.
Di sekolah, Dzikri adalah anak muda yang pendiam. Tetapi, perwatakannya berubah apabila dia diiktiraf sebagai pengawas sekolah ketika di tingkatan lima. Dia disanjungi , dihormati dan digilai ramai gadis. Darjatnya diangkat tinggi .Jauh melepasi puncak gunung Everest. Meskipun aku dikagumi kerana prestasi akademikku, tetapi aku merasakan yang jurang pemisah antara kami terlalu luas kerana pangkat dan gelaran itu. Menyedari hakikat itu, aku mengambil keputusan untuk menguburkan perasaan terhadapnya jauh di sudut hati sebagai cinta di alam diam yang penuh nostalgia.
Bayangnya sering datang walau aku berkali-kali cuba melupakannya. Namun begitu, semangatku untuk terus belajar makin membara. Bagiku, tanpa pangkat dan gelaran di sekolah pun, aku masih mampu bergelar pelajar cemerlang! Impianku menjadi kenyataan akhirnya. Aku berjaya juga menjejakkan kaki ke universiti ini. Membawa cita-cita, harapan ibu bapa dan cintaku yang masih di alam khayalan. Menurut kawan-kawanku, Dzikri juga menuntut di sini, tetapi aku tidak pernah bertemu dengannya. Maklumlah, Universiti Malaya ini terlalu besar. Pelajarnya pula beribu-ribu. Lantaran itu, aku menganggap jasadnya telah mati dalam hidupku meskipun cintaku padanya masih bersemi. Anehnya, aku tidak dapat menerima cinta lelaki lain selain Dzikri; walau aku tahu, hanya aku yang memujanya di sudut hati selama ini.
Namun, tidak kuduga kehadiran Dzy hampir menggugat kesetiaanku. Permintaannya agar kami mengakhiri teka-teki di alam siber di tahun akhir pengajian membuatkan aku serba-salah .Aku ragu-ragu untuk menerimanya. Mungkin kerana cintaku pada Dzikri masih kuat. Tetapi, sampai bila aku harus bermain dengan baying-bayangku sendiri? Sampai bila aku ingin terus berfantasi? Kata-kata Elina masih terngiang-ngiang di telingaku.
"Belum tentu Dzikri tu tahu kau suka kat dia. Entah-entah sekarang ni dia dah bertunang ke , kahwin ke, kau mana tau. Tak guna kau setia pada sesuatu yang tak pasti, Lisa. Aku rasa elok kau jumpa Dzy tu dulu. Kalau sesuai, kau terimalah dia. Kalau tak, kawan biasa saja, habis cerita."
Memang senang mulut orang lain berkata-kata. Tetapi, aku sendiri yang terpaksa melaluinya. Entahlah... aku benar-benar dilema.
*************************
"Ya Allah... boringnya. Mana pergi mamat ni. Kata tadi nak chat pukul 5 petang," rungutku .Agak tidak puas hati.
Baru semalam , Dzy menghantar e-mail mengucapkan 'selamat merdeka' kepadaku sempena berakhirnya peperiksaan semester akhir di tahun terakhir pengajianku berakhir semalam. Dia juga berjanji untuk berbual denganku di ruangan MIRC jam lima petang ini; sebelum aku pulang ke kampung malam ini. Tetapi, setelah hampir 30 minit menunggu, namanya tidak muncul-muncul di skrin komputer. Ke mana Dzy pergi? Mungkin sedang dating dengan teman wanitanya? Cemburukah aku? Bukankah kami kawan biasa sahaja?
Perasaanku benar-benar tidak menentu di siber kafe hari ini. Baru tadi aku terserempak dengan Dzikri di depan pintu cc. Buat pertama kalinya semenjak 4 tahun aku menuntut di sini. Perwatakannya masih macam dulu. Macam mula-mula aku kenal dulu. ***a penampilannya agak lain. Makin kacak dan bergaya. Dia tersenyum padaku tetapi aku hanya tunduk malu. Pura-pura tidak mengenalinya. Tidak mungkin aku ingin mengulangi detik-detik di sekolah menengah dulu yang kini ***a tinggal memori.
Akhirnya aku jemu menanti. Aku sudah nekad untuk pulang sahaja. Kecewa betul aku dengan sikap Dzy yang memungkiri janji. Biarlah, balik ke kampung lebih penting lagi. Lagipun, banyak barang yang belum kukemaskan lagi. Setelah keluar dari ruangan IRC, aku masuk ke laman web yahoo untuk ‘check ‘ e-mail. Manalah tahu kalau-kalau Hana menghantar berita padaku kerana kebetulan dia juga bercuti mulai minggu ini. Hampa juga aku kerana tiada e-mail dari Hana. Tetapi, ada satu e-0mail dari Dzy yang bertarikh hari ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahunya atau ingin meminta maaf kerana tidak dapat berbual denganku di IRC tadi.
" Dewi, Selamat Hari Jadi yang ke- 23. Saya nak jumpa awak di luar cc sekarang. Jumpa lagi"
Aku terkejut! Nak jumpa aku sekarang? Biar betul. Takkanlah Dzy boleh memecut 1000 km sejam dari UKM ke sini? Ni mesti nak kelentong akulah ni. Rungutku sendirian. Tapi, kalau betul, macam mana? Ya Allah... tabahkanlah hati hambaMu ini.
Aku segera menutup komputer lalu melangkah keluar. Sekali lagi darahku berderau apabila terserempak dengan Dzikri yang tercegat di luar. Dia seolah-olah menunggu seseorang. Aku hanya membisu. Dia pula tersenyum-senyum . Di hatiku hanya tuhan yang tahu ketika itu. Gelisah, pasrah, malu dan serba-salah bercampur-baur. Andainya Dzikri dan Dzy bertemu nanti, malunya aku! Ah, biarkan sahaja. Dzikri bukan kenal Dzy pun!
Hampir 15 minit aku menanti, Dzy tidak juga muncul. Aku mula risau. Apatah lagi Dzikri masih berada di situ. Takkanlah Dzy sengaja ingin menipuku? Selama ini, dia tidak pernah membohongiku. Agaknya, dia segan untuk bertemu denganku, aku cuba memujuk perasaan sendiri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Ketika aku memulakan langkah, tiba-tiba seseorang memanggilku.
" Nurlisa! Nanti!"
Aku terkesima. Langkahku termati. Panggilan itu mengingatkan aku detik peristiwa yang berlaku sepuluh tahun lalu. Aku menoleh. Dzikri merapatiku. Dia menghulurkan sekuntum bunga mawar merah .Aku tergamam!
"Selamat Hari Jadi yang ke-23 Dewiku. Moga ikatan ini berkekalan..."
Dewi? Dari mana dia tahu nama samaranku? Lidahku kelu. Tidak terkata apa-apa. Ya Allah, apakah benar kenyataan ini? Dzy Y2k atau Ikhwan Dzul Dzikri. Kedua-duanya adalah insan yang sama berbeza nama yang aku cintai! Berakhir juga rindu semalam. Aku pasrah pada takdirNya!