Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI: Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA: Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.
Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .
Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010.
Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.
Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Perhatian: Pegawai Pengesah(Pengetua / Guru Besar / Pentadbir Sekolah) sila ambil tindakan pengesahan dan kemaskini maklumat guru pada 03-18 Ogos 2010.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)
Sekian dimaklumkan.
Bantuan
1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 03-8884 6000 Sektor Menengah 03-8884 9467 / 03-8884 9381 Sektor Rendah 03-8884 9561 / 9584 / 9586 / 9564 / 9599 / 9563 / 9565 / 9568
2. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster 03-8884 9357/03-8884 9418 / 03-8884 9403
3. Bahagian Pendidikan Teknikal Dan Vokasional 03-8884 5154 / 03-8884 5091 / 03-8884 5069
4. Bahagian Pendidikan Islam 03-8884 7159 / 03-8884 7261 / 03-8884 7156 / 03-8884 7225
5. Bahagian Pendidikan Khas 03-8884 9136
6. Bahagian Sukan Seni Dan Kokurikulum 03-8884 1035
Jabatan Pelajaran Negeri 1. Johor 07-2361633 07-2332218 (Unit Rendah) 07-2332219 (Unit Menengah) 07-2332243(Unit SPI) 07-2332219 (Unit Khas)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.