Login
 
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
     
   
Downloads
 
     
   
Random Photo
 
Persaraan Ayob Bin Haji Ahmad
     
   
Gambar Terbaru
 
Dalam Makmal Komput... (2009/10/5)
Dalam Makmal Komput...
Bilik Gerakan 2 (2009/10/5)
Bilik Gerakan 2
Bilik Gerakan (2009/10/5)
Bilik Gerakan
     
   
Panduan SEO
 
     
   
Who's Online
 
7 user(s) are online (2 user(s) are browsing Coretan)

Members: 1
Guests: 6

regchild, more...
     
   
Artikel Terbaru
 
     
   
Info SK Kampong Dew
 
     
     
(1) 2 3 4 ... 164 »
Info Umum : Memohon Sumbangan Untuk Program Kecemerlangan
Posted by admin on 2010/7/13 21:51:36 (16 reads)
Info Umum

Sekolah Kebangsaan Kampung Dew amat memerlukan sumbangan kewangan daripada ahli-ahli kelab dan bekas murid SKKD untuk melaksanakan pelbagai program sekolah seperti program kecemerlangan dalam bidang kurikulum,Hal ehwal murid,kokurikulum dan keceriaan sekolah.

Oleh kerana kewangan merupakan faktor utama dalam menjayakan pelbagai program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.Pihak PIBG memohon dan mengalu-alukan sumbangan daripada ahli-ahli kelab dan bekas-bekas murid yang telah berjaya bagi membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik(UPSR dan tahun tahun lain),Hal Ehwal Murid,Kokurikulum dan keceriaan sekolah.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan,bolehlah 'bank in' terus kepada akaun PIBG atas nama:
Nama : PIBG SK KPG DEW
No Akaun : 0804-0000689-52-8 [AKAUN SIMPANAN]
Bank: : CIMB TAIPING, PERAK

Setiap sumbangan yang diberikan akan dikeluarkan resit rasmi PIBG dan sijil penghargaan daripada pihak sekolah.
Sila maklumkan NAMA,TARIKH,MASA dan JUMLAH SUMBANGAN untuk pengauditan dan pengeluaran sijil penghargaan oleh pihak sekolah.

Sumbangan yang tuan puan berikan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Setiausaha PIBG SKKD
En Hasrul Bin Abdul Rahman

Info Umum : Kelebihan Windows 7
Posted by admin on 2010/3/11 10:40:00 (188 reads)

Windows 7 merupakan versi Microsoft Windows yang menggantikan Windows Vista. Windows 7 dikeluarkan dalam 2 versi iaitu, 32-bit dan 64-bit.
Versi Windows ini, pengganti Windows Vista, telah dilancarkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2009.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan windows 7 :

1. Lebih Cepat dan Stabil dari pada Windows Vista.
Windows 7 ini memiliki performa yang lebih stabil dari pada windows vista.
Windows 7 juga lebih responsif dan lebih hemat dalam penggunaan bateri.

2. Anda dapat memilih Jaringan Wireless Hanya dengan 1 klik dari system tray.
Mempunyai langkah yang praktis dalam memilih jaringan wireless yaitu anda dapat memilih Jaringan Wireless hanya dengan 1 klik dari system tray

3. Menampilkan pesan peringatan jika ada perubahan dalam komputer anda.
System akan menampilkan laporan jika terjadi perubahan terhadap komputer anda.
Akan menampilkan pesan peringatan ketika system komputer anda ada yang berubah dan anda juga dapat mensetting tingkat keselamatantersebut.
Mulai dari “tell me everything” sampai “don’t tell me squad”

4. Tidak adanya sidebar, tetapi mempunyai banyak gadget.
Pada windows 7 tidak adanya sidebar, tetapi gadget-gadget tetap ada dan dapat disetting sesuai keinginan anda.

5. Adanya Library yang dapat mengorganisasikan dokumen.

6. Menyulitkan serangan virus. Windows 7 tersedia dengan antivirusnya yang tersendiri walaupun tidak sehebat antivirus yang lain.

Info Penilaian & Peperiksaan (LPM) : Penilaian Tahap Kecekapan (PTK 2010)
Posted by admin on 2010/2/28 22:41:39 (478 reads)
Info Penilaian & Peperiksaan (LPM)

Latar Belakang
Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan pada 1 November 2002. SSM memperkenalkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bertujuan untuk:
menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan
menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi, dan multiskilling pelaksanaan tugas
menerapkan budaya kerja berpasukan
memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam sektor awam
selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers)
melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi
membolehkan pengiktirafan diberikan kepada pegawai melalui anjakan gaji dan salah satu syarat untuk kemajuan kerjaya (kenaikan pangkat)

Walau bagaimanapun, anjakan gaji dan kenaikan pangkat ini masih tertakluk kepada syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan perakuan Ketua Jabatan.

Konsep PTK adalah berasaskan kompetensi, iaitu penilaian berdasarkan aktiviti kerja dan penilaian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dalam konteks kerja, dan ciri-ciri peribadi penjawat awam.

PTK dibuat melalui tiga kaedah penilaian, iaitu peperiksaan PTK, penilaian pemahaman dan ujian khas. Terdapat enam Tahap Kecekapan (TK1 – TK6) bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lima Tahap Kecekapan (TK1 – TK4A) bagi Kumpulan Sokongan I dan II.

Mulai tahun 2010, calon-calon Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menerima tawaran opsyen skim KPT tidak lagi dibenarkan menduduki PTK dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Download perisian PTK 2010 disini.
http://www.mpm.edu.my/perisian/Manual ... K%20Sesi%20JUN%202010.doc
http://www.mpm.edu.my/perisian/SPPTKDV7%20JUN%202010.zip
http://www.mpm.edu.my/perisian/SPPTKSV7%20Sesi%20JUN%202010.zip
http://www.mpm.edu.my/perisian/STepMPM%20Ver3.0%20PERAK.zip

Info Umum : Johan daerah setaraf juara kebangsaan
Posted by admin on 2010/2/4 8:43:56 (105 reads)
Info Umum

Markah atau kredit kokurikulum untuk ke universiti bagi pelajar sekolah yang menjuarai sebarang kejohanan sukan peringkat daerah perlu dinaikkan mengikut keadaan semasa.

Sebagai contoh, dalam keadaan defisit bajet sekarang, markah maksimum perlu diberikan kepada pelajar yang mewakili sekolah ke peringkat daerah, berbanding wakil ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebelum ini.

Hal ini dilihat penting kerana pihak sekolah kini tidak mempunyai cukup sumber kewangan untuk menghantar pelajar mereka mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa kerana bajet tersebut telah dipotong atau dikurangkan.

Guru Kimia merangkap jurulatih ragbi Kolej Islam Sultan Alam Shah, Shaiful Bahri Mustafa berkata, penarafan semula ini penting kerana beberapa sukan bukan teras hanya dianjurkan setakat peringkat daerah sahaja.

Menurut beliau, markah tersebut menyumbang 10 peratus dalam kriteria pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Jika tidak peluang mereka untuk masuk universiti akan terjejas," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, penarafan semula ini hanya melibatkan sukan bukan teras seperti ragbi, bola baling dan bola tampar.

Manakala bagi sukan teras seperti bola sepak, olahraga, skuasy, renang dan badminton masih boleh mengekalkan sistem pengiraan mata sedia ada kerana ia masih dipertandingkan sehingga ke peringkat kebangsaan.

"Namun ia terhad kepada kategori umur bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun sahaja manakala bawah 15 tahun ditiadakan," jelasnya.

Shaiful Bahri menegaskan pengurangan jumlah pertandingan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan ini bukan alasan untuk pelajar tidak aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.

"Pertandingan di peringkat sekolah perlu dipergiatkan," sarannya.

Tambahan pula, tegas Shaiful Bahri, matlamat utama kegiatan kokurikulum adalah untuk kesihatan diri dan kecerdasan minda bukan semata-mata mengejar kejuaraan.

Info Umum : Pengurangan bajet KPM: Cabaran buat guru
Posted by admin on 2010/2/4 8:42:05 (162 reads)
Info Umum

Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.

''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan.

''Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian mempunyai alasan dan sebab mereka tersendiri mengurangkan bajet tersebut dan ia dilakukan demi untuk kebaikan semua pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya sekarang.

''Guru-guru tidak perlu merasa sangat terbeban dengan pengurangan bajet itu kerana ia adalah bersifat sementara. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam usaha memartabatkan pendidikan negara dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

''Pengurangan bajet ini juga akan meningkatkan semangat guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk berusaha lebih bagi menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi di negara ini. Ianya tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Sabri berkata, janganlah terlalu mengharapkan imbuhan dan bantuan dari kerajaan dan sebagai guru, kita perlu memahami juga apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

''Diharap agar guru-guru akan lebih berdaya saing dalam menunjukkan kualiti mereka selain melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

''Pengorbanan yang lebih perlu dilakukan oleh mereka dalam mendidik para pelajar dan perkara ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan jika adanya kerjasama dan kesepaduan di kalangan guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta supaya pengurangan bajet yang melibatkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikaji semula.

''Pengurangan bajet itu akan menjejaskan baucer tuisyen bagi pelajar- pelajar miskin dimana peluang untuk pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan semakin sukar dan syarat yang dikenakan lebih ketat.

''Bantuan pakaian seragam untuk aktiviti badan beruniform pelajar-pelajar miskin juga sudah tidak diberikan," katanya.

Selain itu jelasnya, pihak sekolah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan dan utiliti seperti bayaran bil elektrik dan bekalan air dimana kesannya lebih teruk dirasai oleh sekolah dua sesi.

''Saya meminta supaya KPM mengekalkan bajet terutamanya perbelanjaan dan utiliti sekolah kerana ianya dirasakan tidak adil kepada pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang.

Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung.

''Pengurangan itu bakal menyebabkan terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini," katanya.

(1) 2 3 4 ... 164 »
     
   
Forum Terbaru
 
     
   
Coretan Rawak
 
     
   
Iklaneka
 


     
   
Main Menu
 
     
   
Emel @skkd.info
 
emel@skkd.info
Sila hubungi Azman untuk mendapatkan username dan password emel anda @skkd.info
     
   
Info Sekolah
 
     
   
Search
 
     
   
Calendar
 
July 2010
M T W T F S S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  
     
   
Polls
 
Karektor Guru Yang Paling Anda Suka
Prihatin 0%
Tegas 0%
Memahami 100%
Pendiam 0%
Pemarah 0%
Cantik 0%
Segak 0%
     
   
Pautan KPM
 
     
   
Info Web
 

Support Ticketing System
Alumni SKKD